Tuesday, November 1, 2011

Seram PartII: Janin Digugur jadi Hamba

Asslamualaikum...^*^..na smbg citer seram part II..heee...

**************************************************************************************
Rahsia nenek saudara Azlan akhirnya diketahui Mak Lijah apabila datang seorang wanita muda seusia 20-an yang mengakui pernah datang ke rumah nenek itu untuk menggugurkan kandungan luar nikahnya. Selepas itu wanita itu sering dihantui bayang hitam dalam hidupnya. Rupanya janin yang digurkan itu telah dipuja untuk menjadi hamba kepada nenek saudara Azlan . Dari situlah dia mengumpul kekayaan secara haram. Tapi tiada siapa pun yang mengetahuinya.

Mak Lijah serba salah antara mahu memberitahu hal sebenar kepada Marisa atau sekadar ebrdiam diri. Hamba suruhan yang ditinggalkan nenek saudara suaminya itulah yang menganggu ketenteraman keluarga Marisa. Darah nenek moyang yang ada dalam diri Azlan serasi benar untuk menjadi tuan kepada hamba suruhan itu.

Sebab itulah lembaga itu selalu menghantui hidup Azlan. Ia mahu mencari tuan cuma Azlan tidak menyedarinya. Jika Azlan ambil maka terpesonglah hidupnya. Tapi jika dia menolaknya dia juga akan terus dihantui lembaga hitam. Azlan perlu berubat untuk menghindari.

'Beginilah Marisa, biar Mak Lijah cuba banTu suami kamu dari jauh dulu. Esok kamu tolong bawakan limau purut dan tujuh  jenis bunga yang selebihnya biarlah Mak Lijah usahakan." sambungnya sambil menyerahkan senarai jenis bungan yang perlu dikumpulkan Marisa.

Setelah hampir sebulan berusaha merawat suaminya. Marisa nampak perubahan yang positif. Suaminya tidak lagi mengadu sakit-sakit badan. Dia juga tidak nampak lembaga hitam yang selalu menghantui rumahnya. Terasa lapang dadanya apabila rumah tangganya semakin aman.

Hari titu Marisa ke rumah Mak Lijah. Lama sebenarnya Marisa tidak menjenguk Mak Lijah. Sejak suaminya semakin sihat, bermacam -macam pula kerenahnya . Pantang nampak Marisa ada sahaj yang dia minta Marisa lakukan.

"Assalamualaikum Mak Lijah...." jerit Marisa memberi salam.

"Waalaikumussalam, naiklah Marisa," terdengar suara Mak Lijah menjawab salam dari dalam rumah. Alangkah terkejut Marisa sebaik sahaja memasuki rumah kayu itu wajah tua yang banyak berbakti kepasa keluarganya itu terlantar sakit di atas tikatr usang.

"Mak Lijah, kita ke hospital ya," pujuk Marisa."Tak mengapalah Mar. Mak Lijah memang menanti kedatangan kamu. Maafkan Mak Lijah ya. SAmpai setakat ini sahaja Mak Lijah boleh tolong kamu, nampkanya lembaga itu ta nak keluarga kamu hidup senang. Kamu inigat Allah ya Mar, Maafkan Mak Lijah ya," Ucap Mak Lijah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ketakutan mula menghantui diri Marisa, namun pesanan terakhir Mak Lijah menerbitkan sebuah kekuatan dalam jiwa Marisa. Marisa redha dengan ujian Ilahi.
******************************************************************************************
Tamat lah sudah ceritanya..hehhee...besh ke ta dEyda ta thu na komen..bg dEyda OK Laaaa..Hope korang dapat penuhi mase2 terluang dgn entry ni..InsyAllah..crabemoticon
::LovesHaje::dEyda Mahamad Arsad::

2 comments:

*!Life Cik AniS1190 *! said...

seram sungguh...

BENA said...

Akhirnye Mak Lijah meninggal . huuu~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...