Monday, October 31, 2011

Maika Collection Shoes

Assalamualaikum pembaca entry semua..Sihat ker??? heee... Hari na share ngn korang Collection yg agak menarik dEyda ase.Its Mimosabi handmade shoes.

Mimosabi ni adalah rekaan dan sentuhan khas bermotifkan etnik yg menarik.yg besh nye ini handmade taw korang.dEyda ase mcm besh kasut n brg die..but dEyda more to shoes..cantek..Cuba korang tgok dulu..

HIGH HEELS
                                                                                                                               


Ni adalah contoh high heels yg dEyda ase shantekkk sgt..byk ag.....yg cantek gitu..huhuuu..

WEDGE PEEP TOE


FLAT POINTED SHOES

                

shomell aje laaa kasut nyer..cam bodax2 pom adaa..hehehe..Actually kan banyak ag kraft yg dorang hasilkan..Harga dier agak berpatutan dan korang bleh jalan-jalan kat page ni klu korang na thu details.

FB:Maika Kota Fesyen

FB: Tajalli Boutique

OFFICIAL WEBSITE: Maika-Malaysia

Orite..tuu adalah antara page yg korang boleh singgah tgok2..ushar2..kalu ader yg berkenan dek hati tuuu..boleh la membeli..hehehe..Actually mimosabi ni memg unik..len dri len la..dperbuat dri canvas & denim..senang cuci..ok la kan..hehhee..per pendapat korang?? hehhe...apa pom Tepuk Dada Tanye selera..

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Nak Tahu PartII: Shoping Panjangkan Umur

Asslamualaikum pembaca-pembaca entry yg manish belaka yux..hehehe...ok entry kali ni mesti korang suka kan..haish sapa tuuu yg ta minat SHOPING..habaq mai sket..hehehe...saje je na citer kat korang pasal agenda soping nih..betul ker weh bleh panjangkn umur..Ish cam ta caya jer kan...ish...
Ok untuk memberi penjelasan sebenar korang bace dlu details kajian yg dbuat oleh Prof. S Jay Olshansky.
 
  • Dia ni menjelaskan aktivitimembeli-belah atau shopping mampu MEMANJANGKAN USIA dan menjadikan individu awek muda.
  • Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai tatkala membeli belah memberikan sejuta manfaat kepada individu yang melakukannya.
  • Menerusi aktiviti ringan itu risiko untuk mendapat serangan jantung serta obesiti dapat dikurangkan
  • Bersifat rekreasi,shoping juga membantu menyihatkan mental individu kerana mampu meredakan stress. Makin rendah kadar stress makin kecil risikountuk terkena serangan jantung mahupun gangguan pola makan yang memicu kegemukan.
  • Kajian ini disokong oleh National Health Reseacrh Institutes di Zhunan,Taiwan. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh institut tersebut, individu yang membeli belah setiap hari berisiko sehingga 27 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia di usia muda berbanding individu yang tidak pernah
  • membeli belah.

Haaaa..tuu diaa..panjang lebor kan penerangan kajiannya.Dari suatu sudut dEyda ase ada betul nyer jugak.yer la klu dah shoping tu konpirm aje g sana g sini.penat berjalan.so otot dalam badan pon turut bergerak seiring.Tapi ini hanya lah sebagai suplement dalam kehidupan kita.
Pokok pangkalnya "Jodoh Ajal Maut" di tangan Tuhan.Kita mampu merencana aktiviti untuk kebaikan kesihatan kita namun Allah SWT itu lebih mengetahuisegalanya."Bila sampai ajal kita ta kan terlewat seminit dan ta akan awal seminit"..Itulah perumpamaan yg tepat bg kita makhluk Allah SWT di muka bumi ni.
Jadi aktiviti "SHOPING" boleh dikategorikan sebagai aktviti riadah sampingan korang  la kan.(KALAU la kocek penuh)..Hehehe..Moga korang mendapat sdikit infomelalui entry ini..InsyAllah..;)girlemo

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Nak tahu PartI:KETAWA turunkan DAYA INGATAN...

Asslamualaikum semua..masuk jap entry ni..na bg thu sesuatu laa...hehhee..ok korang suka gelak ta?? gelak or ketawa cam gini(hahhahaa)..haaa..na bg thu sket rahsia tersirat  nya..dalam korang dok pecah pewot ketawa gelak hari2 korang mungkin TA SEDAR yang ketawa berlebihan mampu mengurangkan daya ingatan..
OK dEyda kasi INFO seket..

  • " Kajian Universiti of Missouri,Amerika Syarikat yg disisarkan dalam jurnal Cognition and Emotion seperti dikutip dari Medicalnewstoday mendapati bahawa individu yang ketawa dalam suasana gembira akan mengalami penurunan daya ingatan.
  • Ketua penyelidik,Dr.Elizabeth Martin,menjelaskan perkara itu berlaku kerana emosi positif yang dialami berkemampuan untuk mengurangkan daya ingatan individu selama beberapa saat.
  • Menggunakan sejumlah individu sebagai responden, individu-individu tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Satu kumpulan dikehendaki menonoton video lucu.Sebuah kumpulan lagi diminta menonoton video tutorial pemasangan ubin yang membosankan
  •  Usai menonton video satu ujian mehukur daya ingatan telah dilakukan ke atas seluruh responden.
  • Hasilnya responden yang menonton video lucu gagal mengingat angka yang diberikan dan lebih banyak melakukan kesalahan berbanding individu yang menonton video pemasangan jubin.
  • Perbezaanya cukup significant sehingga dr.Martin menyimpulkan bahawa emosi positif boleh mengurangkan daya ingat.
  •  Namun emosi positif masih memberi impak positif pada individu.
  • Walaupun mampu megurangkan daya ingatan,individu yang memiliki emosi posiitif biasanya lebih kreatif dan cekap dalam menyelesaikan masalah yang mereka alami."
  •  

Itu adalah kajian yg dilakukan ke atas sejumlah individu dari Amerika Syarikat kan.Kita ta thu sejauh mana daya ingatan kita sebenarnya.
Mungkin itu adalah salah stu faktor pnyumbang shaja .Mungkin berbeza bg individu yg laen.Maner thu kan..
Rakyat malaysia lagi kuat ingat dri american tuu..hehhee...tp actually ketwa belbihan memg kurang elok terutamanya pada pelajar.
Perkara ini sering dtekankan oleh cikgu dEyda maseh skolah dlu coz dlu dEyda byk gelak oooo...pelajran pom KURENG jep..
tp bila dah nak periksa akhir taun bubah sikap kurangkan ketawa dan hanya memandang perkara itu sbg "1 SAAT PERKARA LUCU".Alhamdulilah..result maken
bagus...Mungkin perkara ini nampak biasa kan..tapi apa salahnya kita cuba..Ketawa bila perlu dan bg kaum wanita haruslah bersopan ketika
berketawa yaaa..(bwu nampak MOLEK)..hhihiii..(sambil ketawa tutop mulot) opps..hee...Ini hanya lah sedikit pengetahuan buat korang..
Semoga mendpt sdikit info yaa.InsyAllah..;)girlemo
::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Muhasabah diri: Ucapkanlah ALHAMDULILAH

Asslamualaikum semua..Alhamdulilah berkesempatan menulis entry ni lagi.dEyda nak ajak korang brfikir jap..(1,2,3)
Bagaimana anda memanjatkan kesyukuran anda pada Allah SWT setiap hari.Ok entry dEyda ni ada seket info yg bolehmemberi pngetahuan tambahan pd anda mngenai "Cara Bersyukur".
1.Bersyukur dengan HatiSyukur dengan hati dapat dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperolehi adalah semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Ilahi.
Syukur dengan hati mengajar manusia untukmenerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa merungut atau keberatan biarpun kecilnya nikmat tersebut.
Syukur ini juga mengharukan yang bersyukur menyedari betapa besarnya kemurahan dan kaasih sayang Ilahi sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepada
kepadaNya. Qarun yang mengingkari kekayaannya atas bantuan ilahi, menegaskan bahawa kekayaan itu diperolehnya semata-mata kerana kemampuannya
,dinilai oleh Al-Quran sebgai kafir atau tidak mensyukuri nikmatNya.
Seseorang yg brsyukur dengan hatinya, saat ditimpa malapetaka pun boleh memuji Tuhan, bukan atas malapetaka itu, tetapi kerana terbayang olehnya bahawa
yang dialaminy apasti lebih kecil dari kemungkinan lain yang dapat terjadi.
Sujud syukur adalah perwujudan dari kesyukuran dengan hati dilakukan saat hati dan fikiran menyedari betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan Allah.

2.Syukur dengan lidahSyukur dengan lidah adalah mengakui, dengan ucapan bahawa segala sumber nikmat dari Allah lantas melafazkan kalimah agung ALHAMDULILAH.Kita akan
merasakan bahawa segala pujian adalah hak Allah.Atas sebab itu jika kita mendapat pujian, selain tersenyum, perasaan akan mengucapkan ALHAMDULILAH tanda Allah lebih layak menerima pujian.

3.Syukur dengan perbuatanAllah berfirman dalam surah Ibrahim "Apabila kamu bersyukur makan akan ku tambah nikmatku"
Betapa nikmat Allah tidak terhintung , setiap jengkal tanah di bumi, setiap titisan hujan setiap hembusan angin di udara adalah diciptakan untukmakhluk yang bernama manusia dan dimanfaatkan oleh manusia.
Maka kita sebagai hamba perlu taat pada perintahNya, kita berusaha dengan taqwa, bekerja dengan amanah, tidak mengambil yang bukan hakitu juga tanda bersyukur dengan perbuatan,Tanda kita berterima kasih dengan Allah dengan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yanbg dilarang.semoga amalan syukur kita diterima Allah.

Itulah cara-cara bersyukur yg dgariskan dlaam Islam.semoga kita bersyukur dengan segala nikmat yg kita perolehi dan jgn pernah mempersiakannya.InsyAllah..;)girlemo

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

HADIS& FALSAFAH PARTII: Memohon Keselamatan

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.Hari ni dEyda na tewuskan menaip entry bagi HADIS& FALSAFAH PARTII.kata-kata ni membuat dEyda tersedar akan 1 kuasa yg Maha Besar dalam melindungi diri kita selain keselamatan yg kita ada didunia ini

"Hidup tanpa masalah hanya lah angan-anganan.
Setiap insan mempunyai liku hidup yang tersendiri Ujian Allah itu datang daripada pelbagai sudut.
Malah hidup dalam kesenangan ,kemewahan,kecantikan dan kesihatan yang baik itu juga satu ujian.
Maka hendaklah kita sentiasa mengingatiNya..Hendaklah kita sentiasa berdoa daripada Nya;





Alhamdulilah kawan-kawan..lepas bace ptik2 ayat diatas.Terbuka 1 cahaya dimata dEyda..Terfikir sejenak..kadang2 dEyda terlalu berharap
keselamatan dri manusia.NAMUN terlupa tiada kuasa Yang Maha Hebat memberi keselamatan melainkan Allah SWT.Terkaku membaca..membuka lembaran hatiini...kepadaNya kita meminta..kepadaNya kita berharap..melalui amal yang soleh..InsyAllah..;)girlemo

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::
"Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepada Engkau keselamatan dalam agama,kesihatan pada jasad,pertambahan dalam mencari ilmu,keberkatan dalam rezekibertaubat sebelum mati,mendapat rahmat ketika menghadapi mati dan mendapat keampunan sesudah mati."

HADIS&FALSAFAH PART1:Hikmah Bencana

Asslamualaikum semua..mase dok belek-belek majalah tiba-tiba jer tergerak hari dEyda na bace baris-baris ayat dibawah..lets TAKE A DEEP LOOK..

"Hati pilu tidak tertahan kala diri dan insan tersayang ditimpah musibah .
Hati juga tertanya-tanya apa dosa diri sehingga diuji sehebat begini?
Wahai insan ...usah ditanya apa dosa diri kerana Allah lebih mengetahui apa yang ditakdirkan buat anda.
Yakinlahh bahawa Allah menguji insan-insan yang disayangiNya dan sebagai mukmin kita harus reda dan sabar menerimanya.
Berdoalah kepadanya agar diri diberi kekuatan memimpin hati ini."


Allah berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahaan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima setiap perkara yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah),Allah Maha Mengetahui.
-Surah at-Taghabun:11


Alhamdulilah....ayat-ayat kat atas ni dEyda ase beri satu kepuasan dan menjwab segala persoalan hati ni.Adat manusia bila ditimpa musibah "Mengeluh" pada naseb dan keadaan diri.Namun ingatlah barang yang berlaku itu pasti ada hikmahnya bukan.Dan juga ingtlah yang Perancangan Allah SWT
itu lebih baik dri rancangan manusia itu sendri.Ingat dan beramal moga korang beroleh sdikit manfaat melalui entry ni.InsyAllah..girlemo

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad

Part II:"Akibat Terima Saka,Tubuh Nek Jah menderita"

***********************************************************************************
Tetapi pada hari keempat ,Rahman mendapati sesutu yang pelik berlaku di rumahnya. Setelah mendengar bunyi dari dapur rumahnya.Pantas dia bangun dan ingin menyiasat. Betapa terkejutnya Rahman apabila mendapati neneknya sedang menggeledah dapur seperti mencari sesuatu.
                                                           
Jika diikutkan hati, Rahman ingin memanggil, tetapi apabila melihat Nek Jah mula membuka periuk dan memakan nasi Rahman terua membiarkannya saja kerana menganggap orang tua itu lapar.

Melihatkan keadaan tersebut Rahman terus meninggalkan dapur dan terus menuju ke bilik tidus.Keesokkan harinya Rahman bertanya pada neneknya mengapa dia makan pada waktu malam.Nek Jah hairan dengan pertanyaan cucunya itu.Wanita tua itu berkali kali  mengatakan dia tidak bangun  malam.

Rahman mula berasa hairan dengan penafian itu. Perasaan musykil mula terbit dalam diri Rahman. Malam esoknya perkara yang sama berlaku. Sekali lagi Rahman terdengar bunyi bising di dapur lantas dia mahi melihat apa yang berlaku.

Kali ini dia mahu menegur tingkah laku neneknya itu. Tapi sebelum ke dapu, dia melalui bilik Nek Jah yang terbuka pintu biliknya. Apa yang Rahman lihat amat mengejutkan. Nek Jah terbaring diatas katilnya.

Jika neneknya dibilik siapa pula di dapur?? Tidak puas hati Rahman mengambil keputusan untuk ke dapur untuk memastikan betulkah Nek Jah di sana/Tetapi sebaik samapia dilihatnya tiada siapa disitu.

Apa yang dilalaui oleh Rahman rupanya dialamai oleh isterinya. Boleh dikatakan perkara itu berlaku pada setiap malam. Akhirnya disebabkan tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Rahman mengambil keputusan meminita bantuan daripada pengamal perubatan Islam.

Apabila ustza Nor, pengamal perubatan Islam yang dipanggil menjalankan pemriksaan pada Nek Jah barulah segal-galnya terbongkar. Rupa-rupanya membela saka yang diturunkan kepadanya.

Rahman amat terkejut mendengar penjelasan ustaz itu dan meminta neneknya itu diubati.Dia tidak sanggup tubuh tua itu terus menderita menanggung saka apatah lagi saat ini dia tidak lagi sihat. Lalu keesokanan harinya rawatan membuang saka itu di mulakan .

Pada hari pertama Rahman cukup kasihan melihar Nek Jah seakan terseksa bila rawatan menggunkan ayat-ayt suci al-Quran dimulakan . Setiap hari ustaz Nor melakukan perkara yang sama.Akhirnya setelah sebulan diubat, saka yang dibela oleh Nek Jah meninggalkannya dan tidak lama selepas itu Nek Jah meninggal dunia.

Rahman bersyukur kerana neneknya telah selamat daripada penderitaannya. Tetapi Rahman amat risau dengan saka yang ditinggalkan.Dia tidak mahu menerima wairsan itu dan meminta Ustaz Nor menghalau saka tersebut.

Agak sukar saka tersebut untuk keluar daripada keluarganya tetapi atas nasihat Ustaz Nor , Rahman sentiasa mengamalkan solat sunat dan bacaan ayat-ayat suci bagi melindungi diri dan keluarganya daripada didekati oleh saka tinggalan neneknya.
**********************************************************************************
 OK tamatlah sudah cerita Nek Jah  dan penderitaanya.Alahai kuat juga kan kesan SAKA ni pada diri seseorang pembela dan lebih dasyat lagi perkara ini DIWARISI...Auww...takotnya...huhu..(ta nak ta nak)..
Hopefully korang ta terjbak dengan perkara cam gini.Ok korang bes ta citer ni?? hEHee..terpulang pd individu yg menilai k..Moga boleh megisi sdikit mase anda bersama entry dEyda..InsyALLAH..;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

PartI:"Akibat Terima Saka,Tubuh Nek Jah menderita"




Asslamualaikum semua..ni dEyda nak share ngn korang kisah seram yg deyda bce dri majalah..macam bes kla jugak..tp korang bace dlu then bwu kita komen-mengomen ukey...hehe..
***********************************************************************************


Kata orang, Nek Jah sakit kesan saka yang diwarisinya.Entah betul atau tidak, tetapi sakitnya jelas kelihatan pada wajah cengkung dan badan yang hampir tinggal tulang.Saban minggu,Nek JAH AKAN DIBAWA KE HOSPITAL.

Rahman lebih percaya kepada perubatan moden.Walaupun ramaoi yang telah menasihati agar membawa Nek Jah bertemu pakar perubatan islam,dia tidak mahu melakukannya.

Sudah banyak ubat yang dimakan dan telah ramai doktor yang diketemui, namun Nek Jah tetap begitu.Bagaimana pun satu perkara yang menghairankan Rahman adalah walaupun Nek Jah tidak makan namun doktor tidak mengatakan neneknya bedepan masalah kekurangan zat.

Sebenarnya dia sendiri risau dengan keadaan itu kerana setiap kali mahu menyuapkan makanan, Nek Jah pasti akan menolak.Bukan sehari tak makan tapi berhari-hari.Tidak rasa laparkah dirinya? Demikian persoalan yang bermain di fikirannya.

Pelik dengan keadaan tersebut,Rahman mengambil keputusan menyiasat apa yang berlaku pada neneknya.Tanpa Nek Jah sedari ,setiap malam Rahman akan berjaga untuk melihat apa yang berlaku.

Pada hari pertama Rahman berjaga, tidak ada perkara pelik yang berlaku.Nek Jah tidur seperti biasa.Pada keesokkan harinya,Rahman akan mendapati neneknya tetap terlantar seperti biasa di tempat tidur.

Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.Tetapi pada hari keempat......(jeng-jeng)

***********************************************************************************
Natikan kisah nek Jah di Part II buleh ta..hehhheee..na bagi korang Surprise dlu..Esok dEyda kan update Part II(Promise yuk!!)bye

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Apa itu Cinta?

Assalamualaikum semua...tadi tengah duk bace majalah dEyda tertarik sgt dengn kata-kata indah dri salah 1 artikel dalam majalah tersebut.Terdiam dan terkaku membacanya. Tidak memrlukan masa yg pnjang.Hanya sejenak korang berhenti pada tulisan dan ayat2 tersbut pasti korang akan sedar apa itu CINTA?


"CINTA bermula daripada TIADA
Dengan sebab dan alasan tersendiri CINTA itu wujud.
Namun bia apa pun alasannya,paling PENTING.. CINTA adalah satu PERASAAN yang muncul dalam diri bila berhadapan dengan satu situasi sahaja;MEMERLUKAN!
Lantas, bila diri memerlukan dan diperlukan; usia,rupa atau pangkat bukan lagi halangan.
Sifat CINTA adalah bebas tanpa syarat kecuali sama-sama MEMERLUKAN!"

Seperti maksud ayat 14 surah Ali Imran,Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan :"Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan (hubb) terhadap apa yang diingini..."

Bg dEyda ayat-ayat tadi serta surah trsebut memg buka "mata hati" mengenai cinta sebenar. dan Cinta yg terkuat dri kita adalah pada yg Maha Esa..Moga entry ni memberi korang 1 hentakan hati mengenai "Apa Itu Cinta"..InsyAllah..;)bye

::LoveSahje::dEyda Mahamad Arsad::

Senangnya Tambah Lemak

Assalamualaikm semua....Entry ni deyda nak kongsi ngn u olls "5 Ruang Rumah Tambah Berat Badan".
Ok pasti semua org ta sedar yg kdg2 kite meluangkan waktu makan di beberapa ruang rumah mampu meningkatkan berat badan kita.Hal ini kerana bebrapa sebab.Foolow aje entry Deyda coz na korang thu ruang mane yg tambah berat badan korang secara ta sengaja or sengaja..opss!! hehee..(bercakap pd diri sndiri juga)..hehehe

  • Carta paling atas SEKALI di ungguli oleh
  • makan DI DEPAN KACA TELEVISYEN
  • Hahaha..rata-rata semua nya suke makan depan tb..yer la seronok tgok citer2 peberet korang nak2 pulop Cite korean..haish ta senang dudok klu ta tengok.Dah layan syok2 tangkap piling habes sambil mengunyah ada ta korang sedar mknan yg korang amek dan MAKAN itu?? Haaaa..itu la punca nya kalori sering bertambah2 disebabkan makanan ringan yg lebih seperti keropok kentang,kerepek aiskirim dan coklat.TAK SALAH kalau korang na mkan depan tb tapiiii PASTIKAN korang ta mkn lebey2 yer..habes jer citer korea tutop tb tutop mulot hokeh?? Heee...thk you thk you-big teeth


  • Kedua
  • MEJA MAKAN
  • Ok..emm memg la meja makan tu ntok makan kan..patu na wat p ag...TAPI korang kene INGAT MEJA MAKAN untuk makan dan bukan membuat tugasan sambil makan2.Ada sesetengah org yg membuat tugasan di meja mkan dengn meletakkan sepiring makanan kesukaan sebagai "PEMBANGKIT MOD" nak wat asement  la konon..Hah!!! Tanpa sedar 1 pingan (Dunkin Donut ) habeh..dok kerin2 idea ader owg ketok pintu pulak "DOMINOS " Sampai...perghhh kemain ag semngat tu smpai na wat esement(konon laaa)..Tapi ta sedar esement yg dbuat tu sekeettt ajer..KALORI yg  bertambah yunk oiiii...hehehee...sperti biasa la..ta salah pom korang na wat aper kat meja makan tuu..(IKOT SUKA HATI)..tapi berjaga-jaga dengan makanan yg korang letak atas meja tuuu..semua yg berlaku tanpa disedari sambil menyunyah-ngunyah..heheee..thk you thk you-big teeth

  • KETIGA
  • BILIK TIDUR
  • Haiyaaaa..ini pom talak baguss..Ok cube korang fikir..ape korang wat lepas mkan di dalam bilik tdur..(Kasi stgah saat jer pk coz thu sgt daaa jwapan nye kan) TIDO!!! hahaha..itu lah pnyebab nyer lemak bertambah dengan cepat.Sebenrnya klu korang na thu tdur memg sgt2 cepat menaikan berat badan korang.Oleh itu elakkan  membawa makanan masuk ke dalam bilik tidur k.Hal ini juga dikaitkan dengan aspek kebrsihan bilik. 

 

Saturday, October 29, 2011

CERITA bibir part II: Merawat bibir dengan scrub



Asslamualaikum olls...ni entry kedua dEyda mengenai bibir yaa..yang laen nya adalah kaedah nya iaitu kali kaedah nya menggunakan Scrub. Scrub??? macam pelik ja kan..selalu nya kita pergi SPA scrub badan.aleh-aleh ada scrub mulut..haish..sgt unik...klu nak thu lebey lanjut jom bace entry ni sepenuhnya..Enjoyyy...


Ada beberapa keuntungan dari merawat bibir dengan scrub:
1.    Kulit bibir menjadi lebih bersih, lembut dan mulus;
2.    Bibir menjadi lebih lembab sehingga tidak gampang pecah-pecah;
3.    Karena permukaan bibir lebih lembab dan mulus, lipstik bisa menempel lebih lama.

Berhubung kulit bibir cukup sensitif, kamu perlu scrub yang dibuat dari bahan-bahan alami agar bibir tidak teriritasi. Ikuti saja langkah-langkah mudah berikut untuk membuat dan menggunakan scrub bibir alami.

1.    Ambil 1 sendok teh garam dan campur dengan minyak zaitun sampai berbentuk pasta;
2.    Bersihkan bibir dari lipgloss atau lipstik, lalu gosokkan scrub dengan gerakan melingkar selama 2-3 menit.
3.    Bersihkan bibir dengan air hangat. Karena bahan-bahan yang digunakan bersifat alami dan tidak beracun, kamu tidak perlu khawatir kalau scrub tertelan.
4.    Oleskan petroleum jelly atau madu untuk melembabkan bibir.

Gunakan scrub ini seminggu sekali untuk mendapatkan bibir indah nan lembut.


Ok habes dah part nih..moga korang rasa terhibur ya dengan entry ni melalui maklumat yang dEyda berikan untuk dikongsi bersama...Oh yer kalu korang ader tips2 laen yg besh yg na share boley la komen -mengomen yaa..InsyAllah..;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

CERITA bibir part I: Inai cantikkan bibir..





Asslamualaikum semua..dan selamat malam..(skang ni tulis dah malam..hehhee)
ok korang percaya tak dengan tanpa gincu yang cun melecun tu yang mahei2 tu bibir korang tetap boley cantek..haaaaa...rahsianya adalah..(jeng...jeng..jeng).;)


  1. Menumbuk halus senggengam daun inai.
  2. Campurkan ia dengan sedikit serbuk gambir gaul bersama.
  3. Sapukan pada bibir
  4. Biarkan selama 10 minit.

Haa dengan HANYA empat langkah saja anda boleh menikmati bibir yang yang cantek ala2 Angelina Jolie gitu..heheee..tapi petua haruslah diamalkan selalu agar anda peroleh hasil yg dimahukan disamping berniat la meminta pada Allah SWT..Semoga dpermudahkan urusan anda..InsyAllah..;)


::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Pelajari Kitar Rambut atau Bulu




Asslamualaikum semua dan salam sejahtera..
Entry nih nak kongsi seket ngn korang mengenai kitar rambut atau bulu..korang thu tak pasai ni??
ok2 klu ta thu beleh bace entry ni klu dah thu TAMBAH kan lagi pembacaan..hehehhee..

Sebenarnya FASA PERTAMA ANAGEN adalah peringkat aktif pertumbuhan rambut.Pada fasa ini rambut adalah dalam keadaan paling tebal dan mengandungi melanin yang tinggi.CATAGEN adalah fasa peranatara dan TELOGEN adalah fasatua/rehat.

Perubahan antara fasa pertumbuuhan bulu adalah diantara 1 ke 3 bulan bergantung kepada kawasan bulu itu tumbuh.Ia turut dipengaruhi oleh kedudukan hormon.

Besar kemungkinan hormon testosteron yang tinggi meningkatkan kadar ketumbuhan bulu anda.Di antara jenis-jenis kaedah menghilangkan bulu/rambut biasanya bersifat tidak kekal/sementara.

FAKTA MENCUKUR

  • Bersifat  sementara.
  • Tidak menyebabkan rambut lagi tebal tumbuh lg cepat atau lagi banyak.
  • Hanya memotong bulu di bahagian atas kulit.
  • Jadi pangkal rambut yang lebih tebal bila memanjang kelihatan seolah-ilah lebih tebal



FAKTA MENCABUT BULU

  • Agak menyakitkan dan kesannya lebih agak lama dari mencukur
  • Namun ia tetap akan tumbuh semula.


FAKTA WAXING/SUGAR WAXING

  • Kaedah membuang bulu rambut kekal.


Ok macam mana guys??? Dapat ta pengetahuan tadi?? Hee...kadang-kadang mungkin kita tidak sedar tentang kewujudan Rambut /bulu pada anggota badan kita.Selalunya hal mengenai rambut/bulu lebih dititik berakan oleh kaum wanita.Namun begitu kaum Adam tidak boleh memndang ringan perkara ini kerana ia melibatkan aspek kebersihan dalam diri kita.Semoga enrty deyda ini memberi sedikit ilmu tambahan pada anda.InsyAllah..;)


::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Thursday, October 27, 2011

myMetro | Gantung diri putus cinta

myMetro Gantung diri putus cinta

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.


Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.


“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.


“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).


Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.




Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.



Kenapa PERLU bantal Busuk???



Asslamualaikum pembaca2 entry semuaa...
harap anda setia memmbaca dan mndapat sdikit mklumat dri entry deyda..

Ada ka RUPA cam gini bantal busuk korang??? hehehe..

okey entry ni deyda nak citer sket pasal bantal busuk..deyda rase rata2 sumer org adew bantal busuk kan..hehehe...tipu la klu ta der...msti ader nyer bntai peberet korang..mase kecik2 dlu deyda ingt ag adek beradik deyda sumer ada bantal busuk..bantal kesygan mase tdo...klu bleh malam tanpe bntal busuk tdak lengkap tido itu kan..hehhee...kata org bntal bsuk ni klu kiter basuh dah ilang da 'bau' yg besh..bau yg kiter suke kat bantal busuk tuu..deyda penah wktuuu kecik bntal peberet deyda g basuh pastuu dah ase mcm ta besh..huhuuu..sheday...:( jenuh arwah mak cri bntal len pulok na gnti..hehhee...

Sebenarnya kan korang klu nak thu bantal busuk ni memberi anda sejuta kengan terindah dan memberi impak yg besar dalam dunia sharian anda.dan permulaan sejrah bantal busuk anda pasti shaja dari zaman kanak-kanak bukan..hehhee...dua sebab KENAPA kanak-kanak perlu bantal busuk.

1. Pada knak2 Bntal busuk ni sbg medium kita berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi(imaginasi friends).ye laa..ni disebbkan ibu bapa sibuk bekerja da tiada tmpat bg mereka untuk meluahkan perasaan lasntas menjadikan bntal busuk sebgai teman berimaginasi untuk bercerita dan mluahkan perasaan.


2. Bantal busuk ini juga digemari kanak2 sebb mereka ingin rasa selamat.Kanak-kanak belum memahami kehilangan sementara.Jadi mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali seperti ibu bapa yang pulang bekrja dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka tidak keseorangan.


Hee..pasti korang yg bace entry ni akan mngimbau kembali kngan diwaktu zaman kanak-kanak bukan.Itulah antara sebab yg utma kanak2 sering dikaitkan dgn bantal busuk. Bntal busuk ni seronok sbnr nyer  klu ada...Rasa tdo NYENYAK aje kan..hahhaa....ader jugak yg memg dri kecik sampai dewasa setia saje pada bantal itu tnpe mngmbil kira bgaimana keadaan fizikal bntal tersbut.Jadi nasihat deyda bg korang yg punyer pakwe atau makwe yg ader bntal busuk..Terima sahaja dgn hati terbuka..Untung2 korang leh tumpang sekaki bantai busuk pasangan korang..hehhehe..Selamat mendapat sdikit info yaaa.. InsyAllah;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Wednesday, October 26, 2011

Fakta Seorang Lelaki

Asslamualaikum olls dan gud evenin...
hehhee...;)ni ader satu article yg nak share pade korang..



  1. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  2. Lelaki benci kekasih di'ngurat'
  3. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  4. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  5. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  6. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  7. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  8. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  9. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  10. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.

Tutorial solekan mata ARAB...

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada pmbaca entry...
ni deyda na sharekan cara solekan mata ARAB..besh..simple..dan sgt mudah...LIKE!!


Foe da gurl..tgok dlu k..klu puas hati..suka ..cuba-cuba la belajar dan amalkan ilmu yang diberi..Moga anda tampak lebih shantek dan beseri giiituu..heee..

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

Heppy Deepavali

Asslamualaikum semua pada hari rabu ini...
Haaaa..rata-rata kawasan yang didiami kaum India pasti riuh dengan bunyi teriakan mercun bukan.
Kawasan tempat tinggal deyda jugak macam tu...
Hiruk biruk dibuatnya.Terasa pula sperti kita mnyambut Syawal yang lepas..Seronok saje..Tumpang gembira bagi mereka..


OK GUYS..dEyda na citer sket pasal Hari Deepavali...Saje2 berciter...ta wat ape nih..laju saja na menaip..Heeehehe....
Actually Hari Deepavali disambut oleh smua pengganut Agama Hindu dan untuk mkluman korang jugak Hari Deepavali juga dipanggil Hari Diwali.So korang jgn terkejut or pelix klu ader sstgah mengWISHkan Hari Diwali pada rakan India anda...Hhehhee...Perkata "Deepavali" sbnr nya adalh gabungan dari "Dipa" yang bermaksud cahaya dan "Gavali" yg brmksud barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.So ta heran la klu korang lintas rumah kwn2 India korang pasti brcahaya.Sinonim dengan prayaan yg disambut "Pesta Cahaya"..;)

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
"Rangoli" mukin agak janggal pada pemahaman kita.Namun sebenarnya ia juga dkenali sbg "Kolam".
Perkataan "Kolam" pasti biasa anda dgr kan2...

deepavali04
Haaa ni la CONTOH nya....CANTEK kan2...

Korang rase susa ta nak wat tuuu??? Macam susa kan..tp bg yang dah brpengalaman membuat nya saban tahun dEyda ase pasti ta de masalahkan..(Kacang Goreng jer tuuu)..hihiii....Macam2 corak dEyda tgok..cantek2 belaka..buatnya pasti penuh dgn kesabaran..Mana taknya..dengan idea lagi..kreativiti lagi..pokok kata kesabaran dan kecekalan itu perlu ada.Ibarat kita menyambut Syawal kan.Mase Ramadhan lagi dah sebok dgn persiapan Kuih raye bagai.Dan menjadi tradisi bakar lemang kan.Bukan mudah tuu...tp demi suatu hari Kemenangan Umat Islam..Perder hal letih semua..janji beshh sambut raye..kan2..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...