Tuesday, November 1, 2011

Seram Part I: Janin digugur jadi hamba

Assalamualaikum ^_^...
Adew ag citer seram untuk kowang..meh bace meh..hehhee..

****************************************************************************************
Tekak Azlan terasa perit.Bagai dihiris dengan belati tajam.Ini bukan kali pertama dia jadi sebegitu.Sudah berbulan-bulan penyakit itu menghantui dirinya. Azlan sedar sejak pulang dari pengbumian nenek saudaranya di Taiping, Azlan sering sakit-sakit.

"Abang, kenapa tak pergi berubat?" .Marisa bimbang.Kesakitann yang dialami Azlan bukan sahaja menghantui suaminya malah anak-anak turut terkena tempiasnya. Bukan sekali dua, Azlan menjerit-jerit pada anak-anak mereka setiap kali mereka bermain kejar-kejar di dalam rumah.

"Nantilah Mar, lagipun dah mulai kurang sakitnya," balas Azlan mengelak.

"Suami kau tu terkena buatan orang Mar.Selaunya bila seseorang terkena buatan orang, dia memamg susah nak disuruh berubat," Marisa terkenang kata-kata Mak Lijah siang tadi.

"Marilah kita berubat bang, Mak Lijah beritahu dia boleh bantu," pujuk Marisa penuh perhatian.

"Lagi-lagi Mak Lijah.Dah sebulan abang asyik dengar nama dia. Boleh tak Mar jangan berkawan lagi dengan orang tua itu.Semakin lama semakin sakit hati pula abang mendengarnya," herdik Azlan membuatkan Marisa bergenang air mata.

Petang itu, Marisa kembali mendapatkan Mak Lijah. Mak Lijah mempunyai sedikit kelebihan untuk merawat orang yang terkena buatan sihir dan gangguan makhluk halus . Kelebihan yang dimilliki itu tidak sedikit pun diuar-uarkan kepada orang ramai. Baginya biarlah begitu, lebih senang untuk mengorak langkah kelak.

"Abang Azlan ta nak berubatlah Mak Lijah.Susah benar hati saya. Setiap hari hendak marah-marah saja.Sudah lah malam tadi ada perkara misteri jadi dekat rumah itu.Waktu saya hendak ambil air wuduk saya nampak lembaga hitam duduk bertinggnung atas kepala abang Azlan. Sudahnya saya lari ke bilik anak-anak, tinggalkan dia sendirian di situ," panjang lebar cerita Marisa.

Mak Lijah mendengus perlahan. dia kenal benar dengan arwah nenek saudara Azlan itu. Ramai yang tidak tahu arwah itu menyimpan cerita lama yang hanya diketahui oleh dirinya. Wanita itu memamg baik hati. Asal ada orang susah pasti dia akan membantunya tanpa berkira soal wang ringgit. Lebih-lebih lagi, nenek saudaranya itu emmiliki kekayaan yang melimpah ruah. Walhal wanita itu tidak bekerja dan tiga orang anaknya itu biasa-biasa sahaja orangnya.

Rahsia nenek saudara Azlan akhirnya diketahui Mak Lijah apabila .............(tettttttttttt)

Opsss sowi tersangkut pulak line..hehee....rahsia nenek Azlan ni boleh aje diketahui kalau korang folow bace entry part II k..(shanyunk kowang)... ddaaaaaaa....

::LoveSahje::dEyda Mahamd Arsad::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...