Monday, October 31, 2011

Part II:"Akibat Terima Saka,Tubuh Nek Jah menderita"

***********************************************************************************
Tetapi pada hari keempat ,Rahman mendapati sesutu yang pelik berlaku di rumahnya. Setelah mendengar bunyi dari dapur rumahnya.Pantas dia bangun dan ingin menyiasat. Betapa terkejutnya Rahman apabila mendapati neneknya sedang menggeledah dapur seperti mencari sesuatu.
                                                           
Jika diikutkan hati, Rahman ingin memanggil, tetapi apabila melihat Nek Jah mula membuka periuk dan memakan nasi Rahman terua membiarkannya saja kerana menganggap orang tua itu lapar.

Melihatkan keadaan tersebut Rahman terus meninggalkan dapur dan terus menuju ke bilik tidus.Keesokkan harinya Rahman bertanya pada neneknya mengapa dia makan pada waktu malam.Nek Jah hairan dengan pertanyaan cucunya itu.Wanita tua itu berkali kali  mengatakan dia tidak bangun  malam.

Rahman mula berasa hairan dengan penafian itu. Perasaan musykil mula terbit dalam diri Rahman. Malam esoknya perkara yang sama berlaku. Sekali lagi Rahman terdengar bunyi bising di dapur lantas dia mahi melihat apa yang berlaku.

Kali ini dia mahu menegur tingkah laku neneknya itu. Tapi sebelum ke dapu, dia melalui bilik Nek Jah yang terbuka pintu biliknya. Apa yang Rahman lihat amat mengejutkan. Nek Jah terbaring diatas katilnya.

Jika neneknya dibilik siapa pula di dapur?? Tidak puas hati Rahman mengambil keputusan untuk ke dapur untuk memastikan betulkah Nek Jah di sana/Tetapi sebaik samapia dilihatnya tiada siapa disitu.

Apa yang dilalaui oleh Rahman rupanya dialamai oleh isterinya. Boleh dikatakan perkara itu berlaku pada setiap malam. Akhirnya disebabkan tidak puas hati dengan apa yang berlaku, Rahman mengambil keputusan meminita bantuan daripada pengamal perubatan Islam.

Apabila ustza Nor, pengamal perubatan Islam yang dipanggil menjalankan pemriksaan pada Nek Jah barulah segal-galnya terbongkar. Rupa-rupanya membela saka yang diturunkan kepadanya.

Rahman amat terkejut mendengar penjelasan ustaz itu dan meminta neneknya itu diubati.Dia tidak sanggup tubuh tua itu terus menderita menanggung saka apatah lagi saat ini dia tidak lagi sihat. Lalu keesokanan harinya rawatan membuang saka itu di mulakan .

Pada hari pertama Rahman cukup kasihan melihar Nek Jah seakan terseksa bila rawatan menggunkan ayat-ayt suci al-Quran dimulakan . Setiap hari ustaz Nor melakukan perkara yang sama.Akhirnya setelah sebulan diubat, saka yang dibela oleh Nek Jah meninggalkannya dan tidak lama selepas itu Nek Jah meninggal dunia.

Rahman bersyukur kerana neneknya telah selamat daripada penderitaannya. Tetapi Rahman amat risau dengan saka yang ditinggalkan.Dia tidak mahu menerima wairsan itu dan meminta Ustaz Nor menghalau saka tersebut.

Agak sukar saka tersebut untuk keluar daripada keluarganya tetapi atas nasihat Ustaz Nor , Rahman sentiasa mengamalkan solat sunat dan bacaan ayat-ayat suci bagi melindungi diri dan keluarganya daripada didekati oleh saka tinggalan neneknya.
**********************************************************************************
 OK tamatlah sudah cerita Nek Jah  dan penderitaanya.Alahai kuat juga kan kesan SAKA ni pada diri seseorang pembela dan lebih dasyat lagi perkara ini DIWARISI...Auww...takotnya...huhu..(ta nak ta nak)..
Hopefully korang ta terjbak dengan perkara cam gini.Ok korang bes ta citer ni?? hEHee..terpulang pd individu yg menilai k..Moga boleh megisi sdikit mase anda bersama entry dEyda..InsyALLAH..;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...