Thursday, October 27, 2011

myMetro | Gantung diri putus cinta

myMetro Gantung diri putus cinta

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.


Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.


“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.


“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).


Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.




Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.







Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.


Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.


##Side on me:: MasyAllah..sedeh rasa hati membaca artikel ini..dek kerana sebuah CINTA, tiada lgi rasa untuk sebuah NYAWA...untuk anda semua artikel ini kuat mgingatkan akan rasa brsyukur dan mghargai nikmat Tuhan. Stiap nafas yg diberi ddunia pernah skalikah kita berfikir untuk apa dan apa faedah yang kita sumbangkan pd dunia.Terlalu taksub mengejar keseronokan dunia tanpa memikirkan yg kita sebenarnya lahir bukan untk Dunia sahaja tetapi kita dilahirkan juga sbg Anak Akhirat. Hargailah nikmat nyawa yg diberi dan gunakan setiap hembusan nafas itu sebaiknya agar anda bisa  bersyukur dikurniakan Nikmat itu dan jgn mudah terpedaya dgn asukan dan bisikan syaitan apabila kita bercinta.Ini juga mngingtkan diri dEyda tentg suatu PERASAAN. Jaga2 dengan desakan EMOSI..kerana jika perbuatan terdetik dari EMOSI tanoa AKAL fikiran padah menanti anda. Moga artikel ini mnyedarkan kita akn suatu hakikat hidup ini.InsyAllah..;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...