Monday, October 31, 2011

Muhasabah diri: Ucapkanlah ALHAMDULILAH

Asslamualaikum semua..Alhamdulilah berkesempatan menulis entry ni lagi.dEyda nak ajak korang brfikir jap..(1,2,3)
Bagaimana anda memanjatkan kesyukuran anda pada Allah SWT setiap hari.Ok entry dEyda ni ada seket info yg bolehmemberi pngetahuan tambahan pd anda mngenai "Cara Bersyukur".
1.Bersyukur dengan HatiSyukur dengan hati dapat dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang diperolehi adalah semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Ilahi.
Syukur dengan hati mengajar manusia untukmenerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa merungut atau keberatan biarpun kecilnya nikmat tersebut.
Syukur ini juga mengharukan yang bersyukur menyedari betapa besarnya kemurahan dan kaasih sayang Ilahi sehingga terlontar dari lidahnya pujian kepada
kepadaNya. Qarun yang mengingkari kekayaannya atas bantuan ilahi, menegaskan bahawa kekayaan itu diperolehnya semata-mata kerana kemampuannya
,dinilai oleh Al-Quran sebgai kafir atau tidak mensyukuri nikmatNya.
Seseorang yg brsyukur dengan hatinya, saat ditimpa malapetaka pun boleh memuji Tuhan, bukan atas malapetaka itu, tetapi kerana terbayang olehnya bahawa
yang dialaminy apasti lebih kecil dari kemungkinan lain yang dapat terjadi.
Sujud syukur adalah perwujudan dari kesyukuran dengan hati dilakukan saat hati dan fikiran menyedari betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan Allah.

2.Syukur dengan lidahSyukur dengan lidah adalah mengakui, dengan ucapan bahawa segala sumber nikmat dari Allah lantas melafazkan kalimah agung ALHAMDULILAH.Kita akan
merasakan bahawa segala pujian adalah hak Allah.Atas sebab itu jika kita mendapat pujian, selain tersenyum, perasaan akan mengucapkan ALHAMDULILAH tanda Allah lebih layak menerima pujian.

3.Syukur dengan perbuatanAllah berfirman dalam surah Ibrahim "Apabila kamu bersyukur makan akan ku tambah nikmatku"
Betapa nikmat Allah tidak terhintung , setiap jengkal tanah di bumi, setiap titisan hujan setiap hembusan angin di udara adalah diciptakan untukmakhluk yang bernama manusia dan dimanfaatkan oleh manusia.
Maka kita sebagai hamba perlu taat pada perintahNya, kita berusaha dengan taqwa, bekerja dengan amanah, tidak mengambil yang bukan hakitu juga tanda bersyukur dengan perbuatan,Tanda kita berterima kasih dengan Allah dengan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yanbg dilarang.semoga amalan syukur kita diterima Allah.

Itulah cara-cara bersyukur yg dgariskan dlaam Islam.semoga kita bersyukur dengan segala nikmat yg kita perolehi dan jgn pernah mempersiakannya.InsyAllah..;)girlemo

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...