Wednesday, October 26, 2011

Heppy Deepavali

Asslamualaikum semua pada hari rabu ini...
Haaaa..rata-rata kawasan yang didiami kaum India pasti riuh dengan bunyi teriakan mercun bukan.
Kawasan tempat tinggal deyda jugak macam tu...
Hiruk biruk dibuatnya.Terasa pula sperti kita mnyambut Syawal yang lepas..Seronok saje..Tumpang gembira bagi mereka..


OK GUYS..dEyda na citer sket pasal Hari Deepavali...Saje2 berciter...ta wat ape nih..laju saja na menaip..Heeehehe....
Actually Hari Deepavali disambut oleh smua pengganut Agama Hindu dan untuk mkluman korang jugak Hari Deepavali juga dipanggil Hari Diwali.So korang jgn terkejut or pelix klu ader sstgah mengWISHkan Hari Diwali pada rakan India anda...Hhehhee...Perkata "Deepavali" sbnr nya adalh gabungan dari "Dipa" yang bermaksud cahaya dan "Gavali" yg brmksud barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.So ta heran la klu korang lintas rumah kwn2 India korang pasti brcahaya.Sinonim dengan prayaan yg disambut "Pesta Cahaya"..;)

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.
"Rangoli" mukin agak janggal pada pemahaman kita.Namun sebenarnya ia juga dkenali sbg "Kolam".
Perkataan "Kolam" pasti biasa anda dgr kan2...

deepavali04
Haaa ni la CONTOH nya....CANTEK kan2...

Korang rase susa ta nak wat tuuu??? Macam susa kan..tp bg yang dah brpengalaman membuat nya saban tahun dEyda ase pasti ta de masalahkan..(Kacang Goreng jer tuuu)..hihiii....Macam2 corak dEyda tgok..cantek2 belaka..buatnya pasti penuh dgn kesabaran..Mana taknya..dengan idea lagi..kreativiti lagi..pokok kata kesabaran dan kecekalan itu perlu ada.Ibarat kita menyambut Syawal kan.Mase Ramadhan lagi dah sebok dgn persiapan Kuih raye bagai.Dan menjadi tradisi bakar lemang kan.Bukan mudah tuu...tp demi suatu hari Kemenangan Umat Islam..Perder hal letih semua..janji beshh sambut raye..kan2..hehehe..

Persiapan Di Pagi Hari Deepavali
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. 
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Eh..mcm Aidilfitiri la kan..rupanya Perayaan Deepavali juga turut bersalam dan memohon maaf.Benar juga semua agama itu menuntut pada kebaikan.Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Ouh begitu...Kalau kita mandi sunat Aidilfiti dan Aidiladha kan..

Manisan dan Juadah Deepavali
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam.  Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Neiurundai atau name len nyer  Pottu kadalai ladoo


paneer

Homemade adhirasam

Atherasam 


\
Payasam


Macam mana kawan2?? Aneka tak juadah makanan  di hari Deepavali.Jika Syawal menyajikan kita dengan pelbagai hidangan dan juadah yang istimewa.Tidak kurang juga kaum India apabila meraikan  Hari Deepavali.Bak kata orang sesuatu majlis itu diserikan oleh makanan yg terhidang.Bg dEyda makanan itu adalah satu simbolik melambangkan sesuatu kaum seperti yg anda lihat diatas. Hehehee dan mknan juga penguat sesuatu keadaan.Contohnya jika kita makan di suatu Restaurant dan makanan yg dhidangkan sgt2 SEDAP. Pasti anda mengakat ibu jari anda dan memberi tnda THUMBS! bukan..hehhe..kalu ta angkat scara real boley juga dalam hati...hehehe....

Pakaian Tradisional Deepavali
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
                    
                                            dhoti +khurta
Sari













Waaaahhh shantek nya sari nyer..dEyda sbanar nye tingin nak cuba pakai sari macm maner.Ada jugak kawan India bg thu yg Sari ni pakainya sgt panas.Ta thu sejauh mana kbenarannya itu coz ta penah cuba.Tapi pakaian tradisi MALAYSIA sememg nya sgt2 LAWA.BANGGA!!


Penutup: Smememgnya setiap satu perayaan itu dismbut mengikut adat dan kpercayaan kaum itu sendiri. Seharusnya kita rakyat Malaysia bsykur krana disini bebas mengamalkan adat dan agama. Dan stiap agama itu mnekankan perkara kebaikan bg mgelakkan sesuatu keadaan buruk berlaku. Sebagai rakyat Malaysia kurangkan jurang 1 bangsa yaaa kerana kita hdup sebumbung di Negra Malaysia. Saling tolong menolong antara 1 sama laen dan percaya lah ikatan yg erat ni menguatkan lagi perpaduan dan keamanan negara.Jadi dEyda harap kita sama2 menjaga hubungan baik sesama manusia.dan bagi kita umat islam jagalah hubungan sesama manusia dan Allah SWT.."hablumminallah wa hablumminannas"..Moga anda mendapat sdkikit maklumat dri enty ini yaa..InsyAllah ;)

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...