Wednesday, December 21, 2011

sebuah kisah dari bisikan SYAITAN

Asslamualaikum ollss..^_^

Hari ni deyda na share ngn korang sebuah kisah yg kalau baca memberi satu impak pada pemikiran kita kala ini..
Ini berkaitan dengan keadaan yg berlaku pada masa ini..
dan kisah yang deyda baca ini dari Mastika edisi Disember..nak sangat share ngn korang..cuba baca dan hayati..tulisan yang ditulis digambarkan sbg "SYAITAN"..
Jom bace kisah ni yg mampu memberi kita sebuah pengajaran..
*************************************************************************************

" Kah..kah..kah..hahha...aku sudah berjaya..Bagus! Misi aku telah berjaya! Wahai teman seangkatanku di Argentina, lihatlah kejayaan yang aku raih hari ini.Mesti kau cemburu.Kau nak tahu apa yang berlaku disini,di Malaysia? Ha..ha...mari kuceritakan.
Mula-mula bos menghantar aku ke Malaysia.Misi aku mudah.Petik jari jer..Tapi ada pula kawan-kawan kita yang menyindir. Pesan mereka, jaga-jaga. Susah nak hasut penduduk disini. Maklumlah orang-orang disini kuat pegangan agama islam.Tentu payah nak sesatkan mereka yang beriman ni.

Tapi tak mengapa.Itu satu cabaran.Aku akan buktikan kata-kata kawan aku itu salah.Aku nak tangok sejauh mana kebalnya penduduk disini. Misi aku senang, aku cuma perlu cari golongan muda-mudi. sebab orang muda ni imannya nipis mudah untuk aku pengaruhi.

Target mangsa aku golongan gadis muda. Sebab apa?? Hmmm..mudah jer.Setahu aku dalam neraka nanti kaum Hawalah yang paling ramai ,kan?? Kaum hawalah juga yang terror tarik kaum Adam masuk neraka.Sebab tu aku target kaum Hawa. diaorang ni lemah mudah jer aku nak hasut.

Aku mulakan tugas di negeri pantai Timur. Ada sepasang couple ni.Aku usha dua-duanya.Aku hembuskan di telinga si jantan belailah temanmu itu. Pasti mengasyikkan.Lepas itu aku bisik di telinga si gadis terimalah usapan dan belaian si jantan durjana.Itulah tanda kasih dan sayang dalam bercinta.

Akhirnya aku berjaya. Kedua-dua mereka hanyut. Asyik bertut...tut..tut..Aku tepuk tangan.Nanti..nati..misi aku belum habis lagi. Bila si gadis itu bunting, hasil dot..dot..dot..mereka aku mula menghasut lagi.Setiap hari aku bisikan supaya dia gugurkan janinnya.Tapi gadis itu tidak mahu. Diusap-usap perutnya yang boyot.Dia sudah mula merasa sayang dengan bayi yang berdengup dalam rahimnya itu. Ah! Ini tak boleh jadi! aku tak boleh biarkan kasih sayang antara ibu dan anak itu semakin kuat.

Aku ubah taktik..Aku hasut pula teman lelakinya.Alah! nak pening kepala buat apa! Takkan nak jadi pak sanggup kot! Baik blah macam tu jer! kan senang! Tak susah hidup.Usia masih muda.Inilah masanya untuk enjoy. Kalau nak kahwin esok, cari saja gadis lain. gadis yang masih suci!

"Ha..ha..ha..lelaki itu blah macam tu jer.Tinggalkan si gadis seorang diri. Ini baru betul. Masa 'sedap' kita bersama.Bila bala datang abg cabut dulu. Ha...ha...ha..

Misi aku belum habis. Aku hasut lagi. Kali ini pada si gadis bunting. Apa perlunya dia simpan bayi itu? Sudahlah kena tanggung makan minum, jantan keparat tu pulak dah larikan diri. Lagipun itu anak zina.Habislah orang mengata nanti. Hish..menyusahkan hidup saja bayi dalam perutnya tu.

Aku terus berbisik setiap haari. Aku mahu hatinya jadi hitam! Akhirnya usaha aku berjaya. Lepas bayi itu lahir, gadis itu sumbatkan bayi itu dalam sebuah beg. Lepas tu, beg itu dicampakkan ke dalam sebuah perigi di sebuah ladang getah.

Ha..ha..ha.. gadis itu akur perintah aku. Aku kata, kalau nak buat, biar sampai budak tu tak bernyawa. Kalau tidak nanti orang jumpa , jadi satu hal pula. Terbongkar cerita. Kan susah namanya tu. Kasihan? Tidak ! Aku sudah berjaya menghapus rasa belas dan ihsan dalam diri gadis itu.

Pap..pap...pap..aku tepuk.Kau tahu kenapa? Sebab kisah bayi itu keluar dalam surat khabar .Kebetulan pula seorang penoreh terjumpa beg berisi bayi itu dalam perigi. Alah kes yang berlaku di Kota Bharu di Kelantan tu la.. Haaa...itu kerja akulah tu..Popular aku rasanya. Yalah masuk paper beb! Maknanya manusia ikhtiraf kerja aku tu...

Ha...sekarang korang dah tengok skill dan kemahiran aku kan, kan. Amacam?? Terror tak aku mainkan peranan hilangkan kewarasan manusia?? KOrang jangan tak tahu, bila aku bagi report hasil tugas aku pada bos kita si iblis tu ,bos ketawa berdekah-dekah sambil memuji-muji aku. Gerenti lepas ni aku boleh naik pangkat jadi general pulak.Kah..kah..kah..

Ouh ya! Teman syaitanku di Argentina apa pula ceita kau?? Dah berjaya misi disana?? Ceritalah aku nak dengar!
**************************************************************************************
Actually ada lagi beberapa part yang lain...kalau nak bace full story cerita syaitan ni korang boleh lah dapatkan Majalah Mastika ni.. lagi banyak ceita dan info yg boleh diambil pengajaran.

Ouh sebelum terlupa 
credix dan syabas pada penulis: Desi Ernita Dahnin@Nita...
*Kalau SUKA silalah  LIKE yaa..^_^

:LovesHaje::dEyda Mahamad Arsad::

7 comments:

sufie said...

terima qaseh atas perkongsian. ^^

dEyda Mahamad Arsad said...

Sufinah Yussof (SY) :sama-sama..kongsi bersama-sama..^_^

NyssaSaad said...

thanks share..takutt....hehe

babe..i tag u in one of my entry..check it out..
http://thatgirlnyssasaad.blogspot.com/2011/12/11-things.html

do reply and let me know oke?

Liyaa Mf said...

Hye sis deyda! Mau tumpang tanya laa. Shoutmix sudah tidak boleh guna eyh? cc: semua yang membaca yang sudi concern kepada yang tidak tahu ni.

dEyda Mahamad Arsad said...

Liyaa Mf: i tink so..or maybe curently die wat upgrading...u can check on this website...ader shoutmix baru by busuk.org
http://woot.my/busuk-org-memperkenalkan-aplikasi-shoutbox-percuma/..
hope membntu..heee...;)

Farah Farhana said...

tq ;)

dEyda Mahamad Arsad said...

fArAh07 :welcome dear.:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...