Monday, September 12, 2011

"Skitar anda"

Dua ‘merisik’ guna parang



KUALA LUMPUR: Satu majlis merisik bertukar huru-hara apabila dua penjenayah bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam rumah dan menyamun wang tunai serta barang kemas dipakai anggota rombongan merisik, selain menetak dua daripada mereka yang cuba melawan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam kelmarin di sebuah rumah di Batu 4, Jalan Gombak, dekat sini, dan nilai keseluruhan barang kemas serta wang tunai yang dilarikan dianggar RM50,000. 
Difahamkan, anggota rombongan merisik itu membabitkan ibu, bapa, abang dan kakak serta bakal pengantin lelaki berusia 20 hingga 50 tahun pergi ke rumah bakal pengantin wanita untuk merisik dan menetapkan tarikh perkahwinan
Sumber polis berkata, ketika perbincangan keluarga kedua-dua pihak, dua lelaki berusia 30-an yang bersenjatakan parang meluru ke dalam rumah.


Menurutnya, dua penjenayah itu mengacukan parang dan mengarahkan semua mangsa menyerahkan wang tunai dan barang kemas dipakai.
Bimbang dicederakan, keluarga kedua-dua bakal pengantin patuh arahan itu dan menyerahkan barang kemas seperti gelang, rantai dan subang kepada suspek.


SideonMe: MasyaAllah..sedeh nyer berita ni..bagaimanakah rasa nya pada keluarga yang terbabit kan guyz..
                   Yer la..sudah la kehilangan barang kemas pada anggaran yang sgt tinggi...Majlis pula tergendala..Cedera yang dialami ahli keluarga..SubhanaAllah..moga Allah memberi kekuatan pada diri mereka dalam menempuh ujian sebesar ini..Kuatkan hati anda dan ingatlah barang yang berlaku pasti anda hikmah yang terbaik menanti..Deyda doakan semoga pasangan  yg terbabit dapat meneruskan niat murni mereka dalam melangkah ke alam perkahwinan.InsyaAllah niat yang murni ke arah kebaikan Allah akan perkenankan..Amin..;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...