Monday, October 31, 2011

PartI:"Akibat Terima Saka,Tubuh Nek Jah menderita"




Asslamualaikum semua..ni dEyda nak share ngn korang kisah seram yg deyda bce dri majalah..macam bes kla jugak..tp korang bace dlu then bwu kita komen-mengomen ukey...hehe..
***********************************************************************************


Kata orang, Nek Jah sakit kesan saka yang diwarisinya.Entah betul atau tidak, tetapi sakitnya jelas kelihatan pada wajah cengkung dan badan yang hampir tinggal tulang.Saban minggu,Nek JAH AKAN DIBAWA KE HOSPITAL.

Rahman lebih percaya kepada perubatan moden.Walaupun ramaoi yang telah menasihati agar membawa Nek Jah bertemu pakar perubatan islam,dia tidak mahu melakukannya.

Sudah banyak ubat yang dimakan dan telah ramai doktor yang diketemui, namun Nek Jah tetap begitu.Bagaimana pun satu perkara yang menghairankan Rahman adalah walaupun Nek Jah tidak makan namun doktor tidak mengatakan neneknya bedepan masalah kekurangan zat.

Sebenarnya dia sendiri risau dengan keadaan itu kerana setiap kali mahu menyuapkan makanan, Nek Jah pasti akan menolak.Bukan sehari tak makan tapi berhari-hari.Tidak rasa laparkah dirinya? Demikian persoalan yang bermain di fikirannya.

Pelik dengan keadaan tersebut,Rahman mengambil keputusan menyiasat apa yang berlaku pada neneknya.Tanpa Nek Jah sedari ,setiap malam Rahman akan berjaga untuk melihat apa yang berlaku.

Pada hari pertama Rahman berjaga, tidak ada perkara pelik yang berlaku.Nek Jah tidur seperti biasa.Pada keesokkan harinya,Rahman akan mendapati neneknya tetap terlantar seperti biasa di tempat tidur.

Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.Tetapi pada hari keempat......(jeng-jeng)

***********************************************************************************
Natikan kisah nek Jah di Part II buleh ta..hehhheee..na bagi korang Surprise dlu..Esok dEyda kan update Part II(Promise yuk!!)bye

::LoveShaje::dEyda Mahamad Arsad::

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...